Admin Admin
Number of posts : 108 Age : 49 Location : Berpijak Dibumi Nyata Registration date : 2008-10-22
| Subject: Peraturan dan Polisi Forum 2008-10-29, 14:02 | |
| Objektif peraturan dan polisi Forum KelabSosial.Co.Cc ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA Kelabrian dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.
A. Buka topik baru Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di forum Lubuk, Lubuk II dan Pengendali.
Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “tolonglah aku…â€, “aku nak carik kerja…â€, “hmmm…†dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian.
Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.
Topik baru hendaklah dibuka di dalam forum yang berkenaan. Topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan cinta tidak boleh diletak di dalam forum multimedia dan seterusnya.
Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang.
Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang.
Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.
Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum Sifoo.com bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Carian atau buka url berikut: search.php
B. Etika dan Tatasusila Setiap Kelabrian adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.
Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.
Provokasi di antara ahli juga ditegah.
C. Memasukkan Gambar Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma. Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar. a. https://www.photobucket.com b. http://www.webhost.com
Setelah mendapatkan server, upload gambar ke server.
Di dalam forum, ketika membuka topik baru atau ketika membalas mesej taip koding seperti berikut:
Kod:
Keterangan lebih lanjut: viewtopic.php?t=5847
E. Memasukkan Flash Movie Sama prosedur macam nak uploadkan fail cuma berlainan koding:
Kod: <embed src="http://nama_host/nama_fail.swf" width="nilai_lebar" height="nilai_tinggi"></embed>
F. Soalan2 Lazim Forum Sila baca permasalahan mengenai forum di sini: faq.php
G. Saiz imej untuk signature Saiz imej untuk signature hendaklah kurang dari 120 x 80 pixel dan tidak lebih dari 15kb. *Paling penting ialah ketinggian (height) imej signature MESTILAH kurang daripada 80 piksel.
H. Penyalahgunaan atau abuse Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum ke webmaster@sifoo.com
Akhir kata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali. Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.
Sekian. KelabSosial.Tk
Dikemaskini pada 29 OKT 2008 | |
|