Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as
supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi
adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada
malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu?
Jibril: Sebesar kurma.
Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma.
Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk
mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH
sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril as turun mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas
sebuah bukit yang tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu
terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan
dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia
ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api
yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.
PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam
70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya
saja itu
pun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di
neraka
itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Sumber: http://www.melayunet.com/forum/f25/asal-usul-api-di-dunia-ini-2601.html