kenapa cinta?
fakta..post tentang cinta adalah paling mendapat sambutan dalam forum kita ini..
apa ada pada cinta?kenapa semua teruja membaca soal cinta?meneliti ayat-ayat cinta..lagi la teruja..
mungkin kerana kata orang cinta itu buta..barangkali perkataan c.i.n.t.a. itu sendiri punya aura kuat yang menarik bola mata semua untuk meneliti tentangnya..namun,ada apa ye..pada cinta?
tafsiran tentang cinta tentu berlainan mengikut si pencinta..habiburrahman el shirazy punya cinta begitu, faisal tehrani punya cinta begini pula..bagaimana presiden?tafsiran cinta pada anda?
kata orang, cinta bawa bahagia..tapi bahagia dalam derita bak kata iris ixora dalam novelnya..ringkasnya, hidup ni dikelilingi cinta, cinta pada Pencipta, cinta sesama manusia, cinta sesama makhluk..
moga semua berbahagia dalam cinta..tapi biarlah cinta berlandas syari'atNya!