ORANG YANG DICINTAI adalah PERIBADI YANG DISENANGI, DIRINDUI dan MEMBUATKAN ORANG LAIN RASA BAHAGIA SAAT BERADA DISISINYA...
FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Kongsi tips AGAR DIRI MUDAH DICINTAI :
1) POSITIF -> Sikap positif akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.
2) CERIA -> Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kita lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran.
Kehadiran si penceria sentiasa dinanti-nantikan
Disaat kita tersenyum,tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilangkan stress...jadi,senyumlah untuk menikmati perasaan ceria...
3) RAMAH -> Sikap ramah membuatkan orang yang bersemuka denganmu rasa dihargai dan diterima..jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain
4) RINGAN TANGAN -> Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.
5) RENDAH HATI -> Rendah hati mengungkap 1 kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati.
Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk
6) PERCAYA DIRI -> Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di
sekeliling...
Ini bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling
Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain...Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu..
7) PEMAAF -> Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kitaseharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati
Seseorang yang lapang hati sentiasa akan merasa bahagia
JUJUR -> Orang jujur akan dicintai semua orang kerana harga kejujuran itu lebih mahal daripada emas
SELAMAT MENCUBA....