Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» tentacle hentai theme tentacle hentai thumbs
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-04, 12:06 by Guest

» unlock iphone 4 3w
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-04, 04:08 by Guest

» гинекологические инструменты
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-03, 21:46 by Guest

» inition co uk cheap tramadol
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-03, 16:26 by Guest

» leannaMaypemn
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-03, 07:47 by Guest

» Gary Ablett Drug Scandal
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-02, 08:10 by Guest

» increase backlink backlinks service
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-08-01, 08:29 by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-07-31, 15:48 by Guest

» BUY TRAMADOL - 30 tabs / $42 BEST PRICE! @ecoMeds - U.S. Pharmacy!!
Ketenangan Hati I_icon_minitime2011-07-31, 04:27 by Guest

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 150 on 2021-04-11, 14:07
Top posters
Shukri
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
Presiden
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
Admin
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
palerkain
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
Orang Lama
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
abglong
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
Mohd Khairul Mohd
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
ummu_iyas
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
nadisyabab
Ketenangan Hati I_vote_lcapKetenangan Hati I_voting_barKetenangan Hati I_vote_rcap 
Poll

 

 Ketenangan Hati

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Male Number of posts : 108
Age : 49
Location : Berpijak Dibumi Nyata
Registration date : 2008-10-22

Ketenangan Hati Empty
PostSubject: Ketenangan Hati   Ketenangan Hati I_icon_minitime2008-10-23, 22:42

TENANG KAN HATI KITA DAN MEMULIAKAN NYA . BERMAAFAN SELALU SESAMA KITA .

KETIKA berada di bawah tekanan yang menyempitkan dada, lazimnya fikiran akan bercelaru, jiwa tergoncang dan tiada yang menyelimuti perasaan melainkan kesedihan dan putus asa. Tekanan kehidupan silih berganti merempuh jiwa.

Kadang-kadang ia menyebabkan kita menjadi hilang kawalan, sekali gus hilang keimanan. Begitulah ujian yang menyebabkan matinya hati, kerasnya jiwa dan tawarnya perasaan.

Satu langkah untuk menghidupkan kembali hati yang tercedera adalah dengan menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya.

Satu resipi daripada al-Quran yang agung, firman Allah bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya .”

(Surah Al-Anfal, ayat 24)

Hati memerlukan makanan yang paling berkhasiat supaya tetap bertenaga melawan Syaitan dan nafsu syahwat yang mengganggunya . Menyahut seruan Allah dan Rasul bermakna berada dalam ikatan Allah dan Rasul-Nya di mana saja berada.

Dalam keadaan sibuk atau senang, dengan langkah kaki yang berat atau ringan, hati yang benci atau suka, namun tetap menyahut seruan Allah dengan taat dan setia.

Kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk melawan hasrat nafsu dan syaitan ini . Sebelum kejahatan itu berubah menjadi amalan harian dan kebiasaan buruk susah ditinggalkan.

Menyahut seruan Allah mampu menghidupkan hati. Sesungguhnya manusia sentiasa mengalami kematian dan hidup semula. Iaitu ketika hati mereka mati kemudian disimbah cahaya iman sehingga ia hidup kembali.

Keadaan ini berulang-ulang dialami setiap insan. Bagaimana mungkin ia tidak sedar ketika hatinya mengalami sakaratul maut ? Untuk itu, Al-Quran mengajarkan kita sentiasa bermohon kepada Allah supaya hati tidak tersesat dan mati berulang kali.

Allah berfirman bermaksud:

“ Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau beri petunjuk kepada kami .”

(Surah Ali Imran, ayat 8 )

Jika orang beriman melakukan maksiat kepada Allah ataupun kejahatan kepada sesama manusia, dia berasa seolah-olah berlaku suatu kesempitan yang menekan dalam hatinya dan kesakitan adalah seperti mana sakitnya merasai sakaratul maut dan bila mengdiri kan solat membuatNya menangis , air mata keluar tanpa sedari .Bergitu Lah kejernihNya hati kita , bila iman sudah bicara dihati kita .

Kulitnya berpeluh dan pucat, takut balasan seksa Allah . Adakah ia akan dibalas langsung di dunia ataupun disimpan hingga di akhirat untuk menjadi bakaran api neraka. Dosa itu menghantuinya ke mana saja dia pergi , membuatkanNya banyak melakukan sunat sunat taubat .Ini Lah sikap seorang Hamba Allah ,Yang bergantung harapan dengan RabbiNya .

Begitu juga sebaliknya jika seseorang dalam keadaan beribadat dan taat kepada Allah serta berbuat baik kepada sesamanya, hatinya terasa lapang, wajahnya ceria, tutur katanya menyenangkan hati sesiapa yang mendengar, akalnya bertambah tajam, bijak dan luas pandangan.

Seperti sabda Baginda Besar kita saw bermaksud:

“ Jika cahaya masuk ke dalam hati, maka ia akan menjadi terang dan luas.
Mereka bertanya: Apakah tanda-tandanya, wahai Rasulullah?
Baginda Besar Kita saw bersabda: Mendekatkan diri kepada negeri yang abadi (akhirat), menjauhkan diri daripada negeri yang pasti hancur (dunia) serta mempersiapkan diri untuk mati sebelum ia datang .”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Hidupnya hati berkait rapat dengan ingatan kita kepada akhirat. Ramai orang yang ingat akhirat, tetapi berapa ramai yang ingat dan bersiap-siap berangkat menuju ke sana ? Ada pula orang yang terlalu ghairah hendak pergi ke sana hingga apa saja yang ada di dunia ini di tinggalkanNya adalah umpama syaitan dan musuh bagi dirinya.

Isteri diabaikan dan anak yang menjadi amanah dibiarkan macam syaitan. Kerjaya dan harta dilupakan kerana terlalu tekun memegang idealisme yang kononnya daripada agama, padahal dia tersesat dan mabuk oleh zikir yang membenci dunia.

Padahal agama adalah rahmat bagi seluruh dunia. Jika penganut agama ini tidak difungsikan sebagai pentadbir dunia, maka dia akan dibinasakan oleh penguasa bersifat duniawi. Maknanya mereka membiarkan orang kafir meneraju setiap bidang kehidupan, sementara orang Islam menjadi tawanan abdinya. Semua ini bukan ajaran Baginda Besar Kita saw . Mereka yang berfahaman sebegini sebenarnya tidak mengerti mengenai Islam.

( Seperti yang di postkan di bulitan ini tempohari membicarakan Hati,Akal ,Ilmu perkara paling penting untuk kita maju jaya didunia ini dan di akhirat esok hari )

Mencari bekal akhirat tidak bermakna membenci dunia. Kita hanya membenci kekufuran dan apa saja yang menuju ke arah itu. Jika dunia dijalani dengan penuh tanggungjawab keimanan, maka tiada masalah bagi orang Islam untuk menjadi manusia terkaya dan terhebat mentadbir dunia.

Dengan sebab Pemberian Allah swt ,kita menjadi Terkaya , kita boleh membantu Agama Allah swt ,Umat islam , Anak anak Yatim , Fakir Miskin,dimana sahaja mereka berada .Seluruh dunia .Kerana Zaman Nabi Besar kita saw Ramai Sahabat sahabat Baginda saw yang kaya Raya ,oleh kerana itu Islam Terbina dengan Mudah .

Duduk bersama orang kafir, tetapi sama sekali tidak terpengaruh ajakan kufur mereka. Begitulah sifat orang yang hatinya hidup. Terang dan luas seperti sabda Baginda SAW. Tiada tekanan yang menjejaskan imannya. Jika ia wujud sekalipun, ia hanyalah kerikil tajam yang mustahil mematikan hatinya.

Oleh itu Mari kita sama sama Solat dengan khusuk ,banyakan amalan amalan Sunat ,BerZikir, membaca al-Quran dengan tahu makna Nya yang tersurat dan tersirat supaya hati kita sentiasa bersih jernih Seperti hati Seorang mukmin yang dikehendaki oleh Allah swt terhadap hamba hambaNya yang beriman dengan sebenar benar Nya Iman yang Iklas kepada Nya .

Oleh itu, dia amat memerhatikan kesejahteraan hati. Jika ada tempat paling tinggi dan mahal harganya, suci lagi diagungkan, itulah hati nurani sendiri. Dia amat mencintai hatinya. Setiap hari hatinya sentiasa disentuh dengan kelembutan ilmu dan pengabdian diri kepada Allah .

Dia tidak akan membiarkan hatinya kekeringan hidayah dan petunjuk daripada Allah , jauh sekali membiarkannya mati oleh Dosa dosa , kefasikan dan maksiat. Hati orang mukmin terlalu istimewa, kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah . Baik dan buruk seseorang bergantung kepada hati kerana ia adalah cerminan amal perbuatannya.

Proses menghidupkan hati memerlukan pengorbanan sepanjang hayat. Satu langkah lagi untuk menghidupkan hati adalah dengan menyalakan cahaya Al-Quran dalam diri kita.

Kedekatan seorang mukmin kepada al-Quran bergantung dengan kesungguhannya melalui pelbagai ujian kenaikan tingkatan keimanan. Tangga pertama harus dilalui dengan belajar membaca. Disebabkan cintakan al-Quran dia rela meninggalkan kesenangan dan hiburan yang melalaikan.

Tangga pertama ini tidak dapat didaki dalam masa sehari, ada yang sudah 1 tahun membiasakan diri membaca satu juzuk selepas subuh, tetapi selepas zaman berubah dia pun lalai dan sedikit demi sedikit meninggalkan al-Quran hingga akhirnya tidak sempat menyentuhnya walaupun sesaat . Kalau dia dalam kesedaran itu MaknaNya hati Nya mula kotor kembali kerana apa yang dibacaNya tidak di fahami olehNya .

Tangga kedua yang harus didaki untuk sampai ke puncak al-Quran adalah tangga kajian, seterusnya tangga amalan dan akhir sekali tangga memperjuangkan mesej al-Quran.

Namun, kita tidak nafikan ramai yang terjatuh dan kembali mendaki. Ada pula yang tidak perasan sesungguhnya dia sudah lama berada pada tangga paling bawah saja. Dia tidak sedar cahaya al-Quran yang menghidupkan hati itu hanya dapat diperoleh dengan mencapai keseluruhan tangga-tangga hingga ke puncaknya.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim r.a berkata dalam Al-Fawaid:

“ Carilah hati bercahaya mu di tiga medan, ketika anda membaca al-Quran, ketika berada dalam majlis zikir (ilmu) dan pada saat berkhulwah menyendiri. Jika anda tidak menemukannya dalam tiga medan ini, maka mintalah kepada pertolongan Allah supaya memberikan kamu hati Bercahaya kerana sesungguhnya anda tidak memiliki hati ! ”

Yakni Hati Telah mati Pada Pandangan Allah swt .di Sebabkan itu kita liat dan malas untuk membaca Al-Quran dan menurut pada yang tuhan kita perintahKan Kerana kita dan hati kita merasakan kita terlebih pandai dan bijak dari tuhan kita .Minta berlindung kita dari perkara bergini Berlaku .Amin Ya Allah Robbalalamin . Laughing
Back to top Go down
https://plpdt.forumotion.com
 
Ketenangan Hati
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» dah PATAH HATI??
» PANDUAN ATASI ZINA HATI

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Welcome To Forum :: LAIN² :: Petua-
Jump to: